Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi
wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi
atau nafsu seks dingin. Kalau impotensi pada pihak
lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita
merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah
sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap
hubungan seks.
Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain
memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai
kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh
berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya
baik dari segi zahir mahupun batin.
Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami
dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi
persoalannya merupakan aspek batiniah isteri. Mengapa
demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini
merupakan keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor
yang mempengaruhinya.
Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar
dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup
dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua
keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri
patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan
baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia
tidak patut mengabaikannnya.
Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat
dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas
seksnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan
seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan
tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai
perkara yang memuakkan dirinya.. Dia
tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan
pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai
orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal seperti
orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.
Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada dua
kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan
yang kemungkinan kedua frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi
mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang
lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat
sementara.
Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi ini kita perlu
mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana
dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.
Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:
I. I. Frigiditi Semu.
Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para
wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.
Jadi, tidak ada sebab utama yang serius. Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat
mencapai orgasme sewaktu bersetubuh.
Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai melayani
perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri
sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan
yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk
mengadakan hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan
nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan
pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya. Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya.
Mulut, muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting
buah dada, pinggang, pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat
yang mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila
kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai
bangkit. Pada saat itulah suami harus berusaha
meningkatkan ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme dalam
persetubuhan. Bila sekali ia telah merasakan
nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran keperihatinan
suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut
dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada
sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga
fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.
Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami frigiditi semu ini suami
perlu mengamalkan kaedah Nabi s. a. w. iaitu didahului dengan ciuman dan rayuan
terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat
mujarab.
II. II. Frigiditi Sepintas Lalu.
Frigiditi ini umumnya berpunca dari gangguan jiwa disebabkan
perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang
sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun sudah
dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai
orgasme pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi
kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut
penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan
mentalnya. Walaupun demikian ada sebab-sebab lain yang juga
boleh menyebabkan frigiditi jenis ini. Kehidupan yang
terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan jasmani dan
pekerjaan yang bersifat tekanan yang tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesar yang
menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang
demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya tidak
terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak
suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya.
Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya,
seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya
. Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama
. Ini mungkin akan memulihkan perhubungan
seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi jenis ini
memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya. Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah
dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada
suasana kasih-sayang.
III. III. Frigiditi Relatif
Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya
lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya
menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka
dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah untuk suami membebaskan isterinya daripada
ikatan perkahwinan. Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula, secara otomatik frigiditinya
hilang dengan sendirinya.
IV. IV. Frigiditi Pathologi
Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari aspek perubatan.
Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang
kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan
agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai
orgasme. Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme dalam istilah
saintifik.. Setiap kali ia
akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena
ini tidak pernah mencapai orgasme, kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu
pencapaiannya sewaktu coitus, ia lenyap sebelum ia
dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi
pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan
seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang
normal. Cara mengatasi frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang
lain.. Akan tetapi menghentikan
hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah yang baik dan
tepat.
Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia
juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di
zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka
berkenaan seks.
Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya
bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan
dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia
menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hak dan pengiktirafan
masyarakat.
Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab frigiditi atau nafsu
seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan oleh gangguan mental:
Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks,
semakin banyak pula persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak
diambil perhatian oleh suami-isteri ia akan memberi
kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam hubungan antara mereka
berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks komunikasi seks yang
tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat acuh tak acuh dalam
menangani kehendak suaminya. Masalah frigiditi dapat
diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah
peribadi atau masalah rumahtangga.