Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan Semulajadi
1. Menjaga
kejelitaan semulajadi
(natural beauty) dengan tidak
memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga
emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan
secara objektif, jangan banyak angan-angan.
Tidur awal setiap malam
dan bangun awal setiap pagi
untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan
nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya
terlalu kuat.
3. Menjaga cara
berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan
yang melambangkan keluhuran
budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia
akan menyebabkan muka jadi berkerut
dan masam.
4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan
buah-buahan segar
patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak
merosakkan kulit.
5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.
Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak
sejuk untuk menjaga kulit muka.
Jangan banyak berangan.
6. Menjaga rambut. Ia mahkota
kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan
terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh
bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan
berkilat. Ramai lelaki
suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7. Menjaga cara
berberjalan. Latih cara berjalan.
Jauhi dari berjalan mengengkang
atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu
laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng
(senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di
atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh.
Kalau duduk di atas
kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu
digerakkan bila bercakap. Cara bergerak
biarlah lemah-lembut.
9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.
Tutup mulut bila ketawa.
Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk
tujuan baik.
10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu
liar memandang sekeliling.
Tundukkan mata dan memandang hanya
kepada apa
yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling
walaupun kepada buah hati anda.
11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila
keluar. Minta izin ibubapa.
Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari
merungut. Jauhi dari menjadi amat
cerewet dan jaga hati orang
lain.